Kenyataan Media: Liberalisasi tergesa-gesa Sektor Jurutera, Arkitek dan Juruukur Bahan akan menyebabkan sector pembinaan dan professional tempatan terancam.
Parlimen dijangka akan meluluskan RUU Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014, RUU Arkitek (Pindaan) 2014 dan RUU Juruukur (Pindaan) 2014. Ketiga RUU ini mempunyai implikasi yang mendalam kepada industri Pembinaan Negara kita.
Jika RUU diluluskan, ia mempunyai 3 implikasi yang serius:
- Kemasukan jurutera, arkitek dan juru ukur bahan beramai-ramai dari luar Negara
- Kemasukan syarikat-syarikat besar dari luar Negara
- Mengekang semangat entrepreneurship
Mengikut statistik sehingga Nov 2014, Jumlah Professional Engineer di Malaysia adalah 11,344 orang, Graduate Engineer adalah 78,076 orang. Maka jumlah jurutera berdaftar adalah seramai 89,420 orang. Jumlah Professional Architect adalah seramai 2,017, graduate architect adalah seramai 1,908 orang, Interior designer berdaftar sejumlah 516.
Jika pasaran dibuka secara meluas mengikut AFTA, maka jurutera dari Negara-negara seperti India, China dan Indonesia akan berpusu-pusu masuk mencari peluang pekerjaan di Malaysia. Ini akan menyebabkan peluang pekerjaan dan kenaikan gaji graduate engineer terjejas. Mereka terpaksa berlumba dengan jurutera graduan Negara yang lebih murah. Mereka boleh menerima gaji yang murah. Akibatnya, peluang pekerjaan dan kebajikan rakyat Malaysia mungkin akan terancam di tanah air sendiri.
Kemasukan syarikat-syarikat besar ke Malaysia juga akan mengugut peluang syarikat-syarikat tempatan yang kecil. Mengikut statistic, sole proprietor engineering firm adalah sebanyak 1,019 buah. Body Corporate adalah sebanyak 1,017 buah di mana majority adalah syarikat kecil. Syarikat Arkitek sole proprietorship adalah sebanyak 1,094 buah. Ini bermaksud kemasukan syarikat-syarikat besar dari luar Negara akan mencicirkan syarikat kecil-kecil ini. Kini mereka sudah dalam keadaan survival, apabila syarikat besar masuk, mereka akan terus tutup kedai.
Syarikat besar jurutera dan arkitek umpamanya yang datang dari luar Negara biasanya mengenakan fi yang tinggi. Ia akan meningkatkan service fee yang tinggi dan akibatnya menyebabkan kos pembinaan di Malaysia meningkat.
Jika syarikat-syarikat kecil tidak mempunyai ruang yang baik di Malaysia, maka, ramai jurutera yang bersifat “entrepreneur” akan berasa tergugat. Mereka sepatutnya menubuh syarikat-syarikat kecil, bekerja keras, tubuh syarikat sederhana, kemudian jadikan syarikat besar. Semua ini tidak akan berlaku kerana syarikat telah dominasi pasaran. Syarikat kecil tidak mungkin survive malah bersaing dengan mereka.
Walaupun, pembukaan pasaran ini dikatakan akan memberi peluang di Negara-negara AFTA, tapi engineering dan arkitek ini adalah sector yang sangat local. Pembukaan pasaran akan memberi kesan negative yang besar berbanding kesan yang baik.
Kita memohon kerajaan pertimbang semula membuka pasaran secara tergesa-gesa.
Sim Tze Tzin, MP Bayan Baru
(juga merupaka seorang jurutera)
(juga merupaka seorang jurutera)
























