BAYAN BARU

BAYAN BARU

Selasa, 25 November 2014

Kenyataan Bersama oleh Jawatankuasa Urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihanraya Mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang






Kenyataan Bersama oleh Jawatankuasa Urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihanraya Mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang

25 November 2014

Kami, YB Dr Mujahid Yusoff Rawa (PAS-Parit Buntar), YB Ng Wei Aik (DAP-Tanjong), YB Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) telah dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada 26 September 2014 bagi mewakili kerajaan negeri dalam urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi negeri Pulau Pinang.

Persempadanan semula kerusi Parlimen dan DUN adalah isu yang sangat besar. Ia  melibatkan rombakan besar kepada kawasan pengundian yang melibatkan kesemua 12 juta pengundi. Maka SPR harus berwas-was apabila ingin mengemukakan sebarang cadangan baru pertambahan kerusi. SPR harus mengambil perancangan yang teliti dengan mematuhi prinsip yang adil iaitu ”satu orang, satu undi, satu nilai”. Maka, SPR harus menjalankan konsultasi yang secukupnya sebelum menjalankan kerja-kerja persempadanan semula.

Kami sebagai wakil kerajaan negeri Pulau Pinang ingin menyeru SPR mencadangkan persempadanan semula dengan mematuhi prinsip “Persempadanan Adil, Parlimen Efektif” (Fair Delineation, Effective Parliament). Kami bersedia untuk menasihati dan membantu SPR dalam kerja-kerja persempadanan semula secara adil. Adalah wajar SPR datang berjumpa dengan kerajaan negeri untuk memastikan proses ini berjalan lancar. Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum menghubungi pihak kami mahupun kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membincangkan persempadanan semula kerusi Parlimen dan kerusi DUN di negeri Pulau Pinang. Kami ingin menyeru pihak SPR supaya berjumpa dengan kami secepat mungkin.

Walaupun, pihak kami masih menunggu pengumuman pihak SPR, kerja-kerja persiapan kami akan bermula disember ini. Kami akan melancarkan 2 diskusi round-table untuk mengumpul maklum balas dan aspirasi rakyat negeri Pulau Pinang dalam soal persempadanan semula kawasan DUN dan Parlimen.

Sesi roundtable yang pertama akan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 17 Disember 2014 jam 8.30malam. Sesi roundtable yang kedua akan diadakan pada 18 Disember 2014 jam 8.30malam di Kompleks Badawi di Bagan. Kedua-dua sesi ini terbuka kepada semua orang awam, NGO-NGO dan parti-parti politik yang ingin memberi maklum balas kepada jawatankuasa kami. Kami juga mengalu-alukan wakil SPR hadir jika SPR ingin menerangkan proses persempadanan semula.

Terima Kasih

YB Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar (PAS)

YB Ng Wei Aik
Ahli Parlimen Tanjong (DAP)

YB Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan